13 February 2011

Pakej ABJZ

Senarai Harga Pakej ABJZ yang ditawarkan untuk Sekolah dan IPT.

Pakej

Sekolah

IPT

1.

ABJZ Preview

RM 800

RM 1,ooo

2.

ABJZ Tour

RM 1,500

RM2,500

3.

ABJZ Camp

RM 3,000

RM 6,000

* selain dari institusi di atas dan mahu mengadakan ABJZ di tempat anda, boleh runding terus dengan wakil ABJZ.

Wakil berdaftar ABJZ

Bro Zack

03-4107 3379

ABJZ boleh membantu menyelamatkan remaja/ belia untuk mengatakan tidak kepada zina

Kempen ABJZ yang menjelaskan perihal remaja dan cinta serta kesan akibat berzina diharapkan mampu menyedarkan remaja-remaja yang telah mengikuti kempen ini untuk berani mengetenghkan pendirian terhadap situasi semasa. Remaja yang berpendirian akan mampu untuk mengatakan tidak terhadap zina ataupun jalan yang menghampiri zina.

Perbuatan menghampiri zina adalah hasil daripada kegoyahan iman dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu nikmat yang sementara. Seseorang yang jelas prinsip dan matlamat hidupnya sudah pasti tahu akan akibat zina serta berusaha untuk menghindarkan diri daripada sebarang jalan yang menghampirinya.

Dengan kefahaman ini, ABJZ mengambil satu langkah ke hadapan untuk merealisasikan prinsip serta matlamat hidup remaja yang telah sedia ada dalam diri masing-masing secara fitrahnya. Kempen yang diharapkan supaya para remaja berani untuk mengatakan tidak kepada zina dan jalan yang menghala ke arah zina. Serta memberi keyakinan dan semangat untuk menongkah arus semasa yang dipenuhi gejala zina dan sosial lainnya.

12 February 2011

Kepentingan penganjuran ABJZ



Tidak dinafikan, ABJZ mendapat tempat dihati para pendidik dalam membawa dimensi baru pembelajaran kesihatan reproduktif.

Penganjuran ABJZ dilihat bertepatan dengan keadaan semasa yang semakin rancak dengan masalah sosial dan penyalahgunaan sistem reproduktif. Kempen ABJZ yang merangkumi isu remaja, cinta dan kesihatan menawarkan pakej lengkap bagi menyedarkan remaja dalam meniti usia mereka.



Adalah penting untuk memperkenalkan mengenai kesihatan reproduktif dan perkaitannya dengan remaja sedari usia muda. Masa remaja merupakan masa yang paling sesuai untuk meletakkan asas kefahaman terhadap sesuatu.

Kefahaman yang dipupuk akan dibawa sehingga ke alam dewasa. Jadi atas dasar ini, isu kesihatan reproduktif perlu disemai dalam diri para remaja agar mereka tidak menyalahgunakan nikmat yang telah diberikan dan mengakibatkan kesan yang buruk terhdapa negara di masa akan datang.


11 February 2011

Manfaat ABJZ bagi remaja

Kempen yang menyasarkan golongan remaja mendapat sambutan yang begitu positif. Kebanyakkan peserta yang menyertai sesi ABJZ menyatakan mereka telah mendapat satu pendedahan baru kepada dunia remaja.

Ini dapat dilihat dalam modul yang dibawakan oleh ABJZ adalah dalam usaha menyedarkan golongan yang mempunyai peratusan tertinggi penduduk negara ini akan harga berada di usia remaja.

Dunia remaja adalah dimana dunia untuk mencuba. Mencuba sesuatu yang baru menjadikan remaja itu seronok dan teruja. Dengan itu, ABJZ dalam kempennya berusaha untuk menyalurkan perasaan keterujaan itu kepada sesuatu yang lebih bermanfaat dan lebih baik.

Diharapkan kempen yang dijalankan dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada para remaja khususnya pelajar sekolah dimana mereka merupakan peneraju negara dimasa hadapan.

Peranan ABJZ




ABJZ ialah singkatan kepada 'Anda Bijak Jauhi Zina' merupakan satu kempen yang dilakukan dalam usaha untuk menangani gejala sosial yang kian berleluasa. Kempen yang disasarkan bagi tujuan mendidik masyarakat golongan muda khususnya agar menjauhi perbuatan zina.

Kempen yang mula menerobos ke sekolah-sekolah dan IPT-IPT seluruh Malaysia menggunakan pendekatan mesra-pelajar agar penyampaian yang dilakukan dalam kempen meninggalkan kesan mendalam kepada peserta.

Antara isi kandungan dalam kempen ABJZ ialah kesedaran terhadap kesan berzina terhadap diri, masyarakat dan juga negara selain turut menyentuh isu cinta di kalangan remaja.