13 February 2011

ABJZ boleh membantu menyelamatkan remaja/ belia untuk mengatakan tidak kepada zina

Kempen ABJZ yang menjelaskan perihal remaja dan cinta serta kesan akibat berzina diharapkan mampu menyedarkan remaja-remaja yang telah mengikuti kempen ini untuk berani mengetenghkan pendirian terhadap situasi semasa. Remaja yang berpendirian akan mampu untuk mengatakan tidak terhadap zina ataupun jalan yang menghampiri zina.

Perbuatan menghampiri zina adalah hasil daripada kegoyahan iman dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu nikmat yang sementara. Seseorang yang jelas prinsip dan matlamat hidupnya sudah pasti tahu akan akibat zina serta berusaha untuk menghindarkan diri daripada sebarang jalan yang menghampirinya.

Dengan kefahaman ini, ABJZ mengambil satu langkah ke hadapan untuk merealisasikan prinsip serta matlamat hidup remaja yang telah sedia ada dalam diri masing-masing secara fitrahnya. Kempen yang diharapkan supaya para remaja berani untuk mengatakan tidak kepada zina dan jalan yang menghala ke arah zina. Serta memberi keyakinan dan semangat untuk menongkah arus semasa yang dipenuhi gejala zina dan sosial lainnya.

No comments:

Post a Comment