12 February 2011

Kepentingan penganjuran ABJZ



Tidak dinafikan, ABJZ mendapat tempat dihati para pendidik dalam membawa dimensi baru pembelajaran kesihatan reproduktif.

Penganjuran ABJZ dilihat bertepatan dengan keadaan semasa yang semakin rancak dengan masalah sosial dan penyalahgunaan sistem reproduktif. Kempen ABJZ yang merangkumi isu remaja, cinta dan kesihatan menawarkan pakej lengkap bagi menyedarkan remaja dalam meniti usia mereka.



Adalah penting untuk memperkenalkan mengenai kesihatan reproduktif dan perkaitannya dengan remaja sedari usia muda. Masa remaja merupakan masa yang paling sesuai untuk meletakkan asas kefahaman terhadap sesuatu.

Kefahaman yang dipupuk akan dibawa sehingga ke alam dewasa. Jadi atas dasar ini, isu kesihatan reproduktif perlu disemai dalam diri para remaja agar mereka tidak menyalahgunakan nikmat yang telah diberikan dan mengakibatkan kesan yang buruk terhdapa negara di masa akan datang.


No comments:

Post a Comment